Salam sahabat semua, baiklah untuk tidak membuang masa di sini saya beri tips untuk membuat kertas kerja yang berkualiti.
Perkara asas dalam menyediakan kertas kerja adalah parameter.
parameter ini adalah amaun seunit setiap kos yang kita perlukan.
bila dah siap buat parameter, tuan kali (X) harga seunit kepada harga berapa keluasan tanah / projek yang tuan hendakkan. saya bagi contoh seperti berikut:
(eh sapa pandai convert excel kepada blog atau apa2?)
Bil PARAMETER TANAMAN JAGUNG MANIS. SEUNIT HARGA UNIT JUMLAH
(RM)
A Tanaman Jagung Manis 1 pusingan 4 pusingan / tahun
1 Jumlah jualan jagung 1 pusingan 0.56 1,200,000 672,000.00
2 Jumlah kutipan jagung 1 pusingan 1,200,000
3 Harga jualan jagung gred A setongkol 0.65
4 Harga jualan jagung gred B setongkol 0.55
5 Harga jualan jagung gred C setongkol 0.50
6 Harga jualan jagung gred D seguni 42.00
7 Tempoh masa tanaman satu pusingan 60 hari
8 Bersih kawasan ( Bulldozer ) 1 ekar 400.00 100 40,000.00
9 Meratakan kawasan ( Bulldozer ) 1 ekar 600.00 100 60,000.00
10 Plough tanah ( Traktor ) 1 ekar 175.00 100 17,500.00
11 Rotor ( Traktor ) 1 ekar 250.00 100 25,000.00
12 Menggali parit ( excavator ) 1 ekar 300.00 100 30,000.00
13 Membuat jalan ladang ( Traktor - bucket ) 1 ekar 175.00 100 17,500.00
14 Batu crusherun - jalan utama lori 3 lori / ekar 400.00 34 13,600.00
15 Peratus pengeluaran 75 peratus
16 Purata harga setongkol setongkol 0.56
B Sistem Pengairan
1 Paip utama 8 inci 11 batang / ekar 300.00 1,100 330,000.00
2 Paip utama kedua 4 inci 11 batang / ekar 90.00 1,100 99,000.00
3 Paip sub 2 inci 150 batang / ekar 27.00 1,500 40,500.00
4 Paip sprinkler 3/4 inci 25 batang / ekar 11.00 2,500 27,500.00
5 Besi conduit / sprinkler 25 batang / ekar 12.00 2,500 30,000.00
6 Sprinkler - kod 636 150 unit 4.00 15,000 60,000.00
7 End cap 2 inci 15 unit 3.00 1,500 4,500.00
8 Stop valve 4 inci 1 unit / 3 ekar 300.00 34 10,200.00
9 Reducer Tee 4 inci - 2 inci 15 unit 40.00 1,500 60,000.00
10 Reducer Tee 2 inci - 3/4 inci 150 unit 14.00 15,000 210,000.00
11 P/T soket 3/4 inci 150 unit 2.50 15,000 37,500.00
12 PVC Gam 10 tong 18.00 1,000 18,000.00
13 White tape 10 roll 1.00 1,000 1,000.00
14 Skru 1/2 inci 1 kotak 15.00 100 1,500.00
15 Pam air - enjin diesel 3 unit 25,000.00 3 75,000.00
16 Reducer Tee 8" - 4" 1 unit 450.00 70 31,500.00
C Input Pertanian
1 Biji Benih Taiwan Super Sweet 1/2 kg 50.00 500 25,000.00
2 Baja Tahi Ayam 1 Bag 3.00 30,000 90,000.00
3 Baja NPK 12.12.17:2 1 Bag 140.00 1,000 140,000.00
4 Kapur 1 Bag 12.00 300 3,600.00
5 Urea 1 Bag/50 kg 88.00 200 17,600.00
6 Racun Biji Benih 1 Botol 95.00 200 19,000.00
7 Racun pra - cambah 1 Botol 105.00 100 10,500.00
8 Racun rumpai - basta 1 Drum 750.00 50 37,500.00
9 Racun serangga
9.1 Proclaim 1 Botol 130.00 200 26,000.00
9.2 Amistar 1 Botol 105.00 200 21,000.00
9.3 Steward 1 Botol 85.00 200 17,000.00
9.4 Otto hundred 1 Botol 105.00 200 21,000.00
9.5 Thiram 1 Kampit 37.00 3 111.00
9.6 Ubat semut 1 Kampit 28.00 3 84.00
D Peralatan Ladang
1 Kereta Sorong 1 Unit 125.00 30 3,750.00
2 Pam Racun 1 Unit 105.00 20 2,100.00
3 Jet Two 1 Unit 25,000.00 1 25,000.00
4 Cangkul 1 Unit 22.00 20 440.00
5 Skop 1 Unit 16.00 20 320.00
6 Kasut Pekerja 1 pasang 18.00 50 900.00
7 Uniform Pekerja 1 pasang 25.00 50 1,250.00
8 Topeng pekerja 1 pasang 3.00 30 90.00
E Kos Berubah
1 Upah Pekerja Am 1 Orang 850.00 25 21,250.00
2 Upah Pekerja Jawatan Penyelia 1 Orang 1,200.00 3 3,600.00
3 Upah Pekerja Jawatan Pengurus 1 Orang 3,000.00 3 9,000.00
4 Diesel 1 Liter 1.85 3,000 5,550.00
5 Belanja Pengurusan 3 bulan 5,000.00 1 5,000.00
Bila dah siap parameter, baru tuan masuk ke unjuran tunai / analisa kewangan mengikut pusingan seperti contoh di bawah :
Unjuran Aliran Wang Tunai
Pusingan Permulaan PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 PUSINGAN 4 JUMLAH
A . Wang Tunai Masuk
1.Jualan jagung 672,000 672,000 672,000 672,000 2,688,000
Jumlah Masuk Tunai (A 1) 672,000 672,000 672,000 672,000 2,688,000
B . Wang Tunai Keluar
Kos Tetap
Sistem Pengairan
1.Paip utama 8 inci 330,000 330,000
2.Paip utama kedua 4 inci 99,000 99,000
3.Paip sub 2 inci 40,500 40,500
4.Paip sprinkler 3/4 inci 27,500 27,500
5.Besi conduit sprinkler 30,000 30,000
6.Sprinkler - kod 636 60,000 60,000
7.End cap 2 inci 4,500 4,500
8.Stop valve 4 inci 10,200 10,200
9.Reducer Tee 4 inci - 2 inci 60,000 60,000
10.Reducer Tee 2 inci - 3/4 inci 210,000 210,000
11.Reducer Tee inci - 4 inci 31,500 31,500
12.P/T soket 3/4 inci 37,500 37,500
13.PVC Gam 18,000 18,000
14.White tape 1,000 1,000
15.Skru 1/2 inci 1,500 1,500
16.Pam air - enjin diesel 75,000 75,000
17.Membuat jalan ladang 17,500 17,500
18.Batu - Crusherun - jalan utama lori 13,600 13,600
Jumlah Kos Tetap ( B 2 ) 1,067,300
Peralatan Ladang
1.Kereta Sorong 3,750 3,750
2.Pam Racun 2,100 2,100
3.Jet two 25,000 25,000
4.Cangkul 440 440
5.Skop 320 320
6.Kasut pekerja 900 900
7.Uniform pekerja 1,250 1,250
8.Topeng racun 90 90
9.Menggali parit ( Excavator ) 30,000 30,000
10.Bersih kawasan 40,000 40,000
11.Meratakan kawasan (Buldozer) 60,000 60,000
Jumlah Kos Tetap ( B 2 ) 163,850
Wang Keluar Tunai
C . Kos Berubah
Peralatan Pertanian
1.Biji benih Taiwan super sweet 25,000 25,000 25,000 25,000 100,000
2.Baja tahi ayam 90,000 90,000 90,000 90,000 360,000
3.Baja NPK 12.12.17:2 140,000 140,000 140,000 140,000 560,000
4.Kapur 3,600 3,600 7,200
5.Urea 17,600 17,600 17,600 17,600 70,400
6.Racun biji benih 19,000 19,000 19,000 19,000 76,000
7.Racun pra-cambah 10,500 10,500 10,500 10,500 42,000
8.Racun rumpai 37,500 37,500 37,500 37,500 150,000
9.Racun serangga
9.1 Proclaim 26,000 26,000 26,000 26,000 104,000
9.2 Amistar 21,000 21,000 21,000 21,000 84,000
9.3 Steward 17,000 17,000 17,000 17,000 68,000
9.4 Otto hundred 21,000 21,000 21,000 21,000 84,000
9.5 Thiram 111 111 111 111 444
9.6 Ubat serangga 84 84 84 84 336
Jumlah Kos Berubah (C 3) 428,395 424,795 428,395 424,795 1,706,380
Wang Keluar Tunai
C . Kos Berubah
1.Upah pekerja am 21,250 21,250 21,250 21,250 85,000
2.Upah pekerja jawatan penyelia 3,600 3,600 3,600 3,600 14,400
3.Upah pekerja jawatan pengurus 9,000 9,000 9,000 9,000 36,000
4.Diesel 5,500 5,500 5,500 5,500 22,000
5.Belanja pengurusan 5,000 5,000 5,000 5,000 20,000
6.Plough tanah ( Buldozer ) 17,500 17,500 35,000
7.Rotar tanah ( Traktor ) 25,000 25,000 50,000
Jumlah Kos Berubah (C 3) 86,850 44,350 86,850 44,350 262,400
Jumlah Masuk Tunai (A 1) 2,688,000
Jumlah Kos Tetap ( B 2 ) 1,231,150
Jumlah Kos Berubah (C 3) 1,968,780
Jumlah Perbelanjaan (B 2)+ (C 3) 3,199,930
Pendapatan setahun kasar (A 1) + (C 3) 719,220
Kos bagi satu pusingan tanaman jagung 1,746,395
Jumlah kos yang diperlukan untuk menjalankan projek tanaman Jagung Manis Taiwan adalah sebanyak RM 1,746,395.00
Bila dah siap unjuran / aliran tunai mengikut pusingan, selepas itu tuan convert pulak mengikut tahun. Paling kurang 5 tahun, untuk kita lihat bep (break event point) atau titik pulang modal. contoh spt berikut :
Unjuran Aliran Wang Tunai
Pusingan Permulaan PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 PUSINGAN 4 JUMLAH
A . Wang Tunai Masuk
1.Jualan jagung 672,000 672,000 672,000 672,000 2,688,000
Jumlah Masuk Tunai (A 1) 672,000 672,000 672,000 672,000 2,688,000
B . Wang Tunai Keluar
Kos Tetap
Sistem Pengairan
1.Paip utama 8 inci 330,000 330,000
2.Paip utama kedua 4 inci 99,000 99,000
3.Paip sub 2 inci 40,500 40,500
4.Paip sprinkler 3/4 inci 27,500 27,500
5.Besi conduit sprinkler 30,000 30,000
6.Sprinkler - kod 636 60,000 60,000
7.End cap 2 inci 4,500 4,500
8.Stop valve 4 inci 10,200 10,200
9.Reducer Tee 4 inci - 2 inci 60,000 60,000
10.Reducer Tee 2 inci - 3/4 inci 210,000 210,000
11.Reducer Tee inci - 4 inci 31,500 31,500
12.P/T soket 3/4 inci 37,500 37,500
13.PVC Gam 18,000 18,000
14.White tape 1,000 1,000
15.Skru 1/2 inci 1,500 1,500
16.Pam air - enjin diesel 75,000 75,000
17.Membuat jalan ladang 17,500 17,500
18.Batu - Crusherun - jalan utama lori 13,600 13,600
Jumlah Kos Tetap ( B 2 ) 1,067,300
Peralatan Ladang
1.Kereta Sorong 3,750 3,750
2.Pam Racun 2,100 2,100
3.Jet two 25,000 25,000
4.Cangkul 440 440
5.Skop 320 320
6.Kasut pekerja 900 900
7.Uniform pekerja 1,250 1,250
8.Topeng racun 90 90
9.Menggali parit ( Excavator ) 30,000 30,000
10.Bersih kawasan 40,000 40,000
11.Meratakan kawasan (Buldozer) 60,000 60,000
Jumlah Kos Tetap ( B 2 ) 163,850
Wang Keluar Tunai
C . Kos Berubah
Peralatan Pertanian
1.Biji benih Taiwan super sweet 25,000 25,000 25,000 25,000 100,000
2.Baja tahi ayam 90,000 90,000 90,000 90,000 360,000
3.Baja NPK 12.12.17:2 140,000 140,000 140,000 140,000 560,000
4.Kapur 3,600 3,600 7,200
5.Urea 17,600 17,600 17,600 17,600 70,400
6.Racun biji benih 19,000 19,000 19,000 19,000 76,000
7.Racun pra-cambah 10,500 10,500 10,500 10,500 42,000
8.Racun rumpai 37,500 37,500 37,500 37,500 150,000
9.Racun serangga
9.1 Proclaim 26,000 26,000 26,000 26,000 104,000
9.2 Amistar 21,000 21,000 21,000 21,000 84,000
9.3 Steward 17,000 17,000 17,000 17,000 68,000
9.4 Otto hundred 21,000 21,000 21,000 21,000 84,000
9.5 Thiram 111 111 111 111 444
9.6 Ubat serangga 84 84 84 84 336
Jumlah Kos Berubah (C 3) 428,395 424,795 428,395 424,795 1,706,380
Wang Keluar Tunai
C . Kos Berubah
1.Upah pekerja am 21,250 21,250 21,250 21,250 85,000
2.Upah pekerja jawatan penyelia 3,600 3,600 3,600 3,600 14,400
3.Upah pekerja jawatan pengurus 9,000 9,000 9,000 9,000 36,000
4.Diesel 5,500 5,500 5,500 5,500 22,000
5.Belanja pengurusan 5,000 5,000 5,000 5,000 20,000
6.Plough tanah ( Buldozer ) 17,500 17,500 35,000
7.Rotar tanah ( Traktor ) 25,000 25,000 50,000
Jumlah Kos Berubah (C 3) 86,850 44,350 86,850 44,350 262,400
Jumlah Masuk Tunai (A 1) 2,688,000
Jumlah Kos Tetap ( B 2 ) 1,231,150
Jumlah Kos Berubah (C 3) 1,968,780
Jumlah Perbelanjaan (B 2)+ (C 3) 3,199,930
Pendapatan setahun kasar (A 1) + (C 3) 719,220
Kos bagi satu pusingan tanaman jagung 1,746,395
Jumlah kos yang diperlukan untuk menjalankan projek tanaman Jagung Manis Taiwan adalah sebanyak RM 1,746,395.00
Langkah terakhir barulah tuan masukkan semua figure yang tuan dapat ke dalam kertas kerja tuan puan, contoh spt berikut :
PERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS.
1. Projek : Pengeluaran Bahan.
Makanan Asas.
2. Sub Projek : Tanaman Sayuran Berbuah.
3. Jenis Projek : Tanaman Jagung Manis.
4. Status Projek : Pembesaran Projek.
5. Nama Pertubuhan Peladang : Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U)
6. Negeri : Perak Darul Ridzuan
7. Objektif Projek : Seperti di dalam kertas kerja
8. Lokasi Projek
8.1 Kampung : Kampung ......
8.2 Mukim : Sungai Siput (U)
8.3 Daerah : Kuala Kangsar
9. Saiz Projek : 100 ekar
10. Tarikh Projek dimulakan : ......................
11. Status Tanah dan Kelulusan : Seperti surat yang dilampirkan
11.1 Hak Milik : ................
11.2 Kelulusan Menggunakan Tanah : 100 ekar
11.3 Keadaan Tanah Sekarang : 6 ekar Tanaman jagung manis.
30 ekar Tanaman nanas.
5 ekar Tanaman betik sekaki.
5 ekar Tanaman kundur.
1 ekar Tanaman pisang abu.
11.4 Kemudahan Sedia Ada : Berdekatan dengan kolam,
alur sungai dan jalan raya
11.5 Kesesuaian Tanah : Tanah mineral.
12. Kaedah ( Korporat,usahawan / perlaksanaan projek ( Nyatakan kaedah / Modal )
: Usahawan / Grant.
12.1 Kaedah ( Korporat, usahasama dengan swasta dan usahawan, agihan pendapatan )
PPK : Berdasarkan pemasaran hasil.
Usahawan : Berdasarkan tuaian hasil.
13. Jadual Perlaksanaan : Seperti di lampiran
14. Kos Projek ( Nyatakan kerja – kerja dan kos terlibat secara terperinci ) :
14.1 Pecahan Kos
14.1.1 Kos Tetap : Lampiran 1
14.1.2 Kos Operasi : Lampiran 2
15. Modal diperlukan
( Berdasarkan kepada aliran wang tunai projek ) : RM 1,746,395.00
16. Pembiayaan Modal :
16.1 Peruntukan Grant : RM 1,746,395.00
17. Pemasaran Hasil :
17.1 Jangkaan Tarikh Pengeluaran : 3 bulan daripada mula
menanam benih.
17.2 Anggaran Harga : Mengikut Gred
A - RM 0.65 / kg
B – RM 0.55 / kg
C – RM 0.50 / kg
D – RM 42.00 / guni 50kg
17.3 Anggaran Hasil : 1,440.00 mt / setahun
17.4 Kaedah Pemasaran : Seperti di dalam kertas kerja.
18. Daya Maju Projek :
18.1 Untung / Rugi Projek
18.1.1 Jumlah Pendapatan : RM 26,880,000.00
18.1.2 Jumlah Perbelanjaan : RM 20,918,950.00
18.1.3 Untung / Rugi : RM 5,961,050.00
18.1.4 Kadar Keuntungan : 28 %
18.1.5 Kadar Pulangan Dalam (IRR): 12.863 %
18.1.6 Titik Pulangan Modal (BEP) : Tahun 1
19. Impak Projek
19.1 Bilangan Ahli Mendapat Faedah : 27 orang
Menawarkan peluang pekerjaan kepada ahli / penduduk setempat.
19.2 Pendapatan Kepada PPK : 22,400.00 / bulan
19.3 Peratus Sumbangan Projek
Kepada Perniagaan PP : 20 %
20. Penjelasan Ringkas Mengenai Projek : Seperti dalam kertas kerja.
KANDUNGAN
Bil. Tajuk Mukasurat
1. PENDAHULUAN 7
2. OBJEKTIF PROJEK 7
3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Aspek Fizikal dan Teknikal Tanah 8
3.2 Aspek Teknikal dan Teknikal Tanaman 9
3.3 Pemasaran 10
4. ORGANISASI PENGURUSAN
4.1 Penyeliaan dan Pengawasan 11
4.2 Pengurusan 11
5. ASPEK KEWANGAN
5.1 Kos Projek
Kos Tetap 12
Kos Operasi 12
Kelebihan / ( Kekurangan ) 12
Analisa Pendapatan Projek 12
5.2 Analisa Wang Tunai Projek 12
6. JUSTIFIKASI
6.1 Faedah Ekonomi 13
6.2 Faedah Sosial 13
7. KESIMPULAN 14
KERTAS KERJA PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS
DI BAWAH PERLAKSANAAN PROJEK RMK – 9
PROGRAM PENGELUARAN BAHAN MAKANAN ASAS
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUNGAI SIPUT (U)
PERAK DARUL RIDZUAN
************************************************************************
1. PENDAHULUAN
Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon peruntukan sebanyak RM 1,746,395.00 ( Ringgit Malaysia : Satu Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh Lima sahaja. ) di bawah peruntukan Program Pengeluaran Ladang untuk projek tanaman ladang jagung manis seluas 100 ekar.
Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah Kuala Kangsar. Menggalakkan perladangan berasaskan usahawan untuk merealisasikan konsep satu kawasan satu produk (1K1P) serta melibatkan peserta. Ini juga secara tidak langsung dapat memberi suatu galakan ke arah pengaktifan unit disamping memberikan peluang pekerjaan kepada ahli peladang / penduduk setempat.
Kami juga berusaha untuk mengubah pemikiran penduduk kampung / ahli peladang yang mengusahakan bidang pertanian secara tradisional / kecilan agar dapat menjadikan bidang ini suatu perniagaan yang menguntungkan sekiranya dilakukan berskala besar dan terselia sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup dikalangan ahli peladang terlibat.
21. OBJEKTIF PROJEK
Meningkatkan pendapatan keluarga peladang muda sekurang – kurangnya dari RM 850.00 – RM 3,000.00 sebulan bergantung kepada tugas masing-masing.
Mengaktifkan unit yang terlibat agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang pengeluaran produk berasakan pertanian.
Mewujudkan lebih ramai peladang muda di kalangan ahli peladang yang aktif dalam bidang pertanian disamping mewujudkan usahawan tani.
Menggalakkan input pertanian bersepadu diantara ahli – PPK – PPN melalui jualan peralatan ladang, baja dan racun.
3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Aspek fizikal dan teknikal tanah
3.1.1 Lokasi
Kawasan projek ini terletak di Kampung ............, iaitu di dalam daerah kecil Sungai Siput (U). Jarak di antara kawasan projek dan pejabat PPK adalah 13 km dan dari kawasan projek ke pekan Sungai Siput (U) adalah 20 km. Kawasan projek ini boleh dihubungi terus dengan jalanraya.
3.1.2 Keluasan Tanah
Keluasan tanah yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian dengan tuan tanah adalah seluas 100 ekar.
3.1.3 Status Tanah / Hak Milik
...........................................
3.14 Kesesuaian Tanah
Tanah Mineral.
3.2 Aspek fizikal dan teknikal tanaman
3.2.1 Perihal Tanaman
Jagung ( Zea mays L.) ialah sejenis tanaman bijirin berasal daripada Amerika Tengah telah diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tujuh puluhan.
Permintaan yang baik daripada pengilang makanan dalam tin serta untuk jualan segar. Waktu tuaian yang singkat iaitu selama 3 bulan sahaja.
3.2.2 Keperluan Baja
Memerlukan pembajaan yang cukup untuk menjamin tongkol yang dikeluarkan besar dan bermutu tinggi. Ditanah mineral yang telah diperbaiki kesuburannya, baja organic hanya digunakan setiap dua kali musim penanaman.
( Keperluan baja boleh dirujuk dalam aliran tunai projek dan progress kerja.)
3.2.3 Pengeluaran Hasil
Setiap 3 bulan daripada mula menanam benih.
3.2.3 Serangga Perosak dan Syor Kawalan
Jenis Perosak
Nama Perosak
Racun disyorkan
Kaedah meracun
Pengorek batang, ulat makan daun.
Perosak tongkol
Ostrinia salientalis
Spodoptera litura
Helicoverpa armigera
Ostrinia salientalis
Nezara viridula
Quinalphos
Bacillus thuringiensis
Diazinon
Cypermethrin
Cypermethrin
Bacillus thuringiensis
deltamethrin
Sembur racun apabila 10% daripada pokok-pokok diserang.
Sembur ke atas tongkol pada peringkat berbunga: ulang selepas seminggu.
3.2.4 Penyakit dan Penyebab serta Syor Kawalan
Jenis penyakit
Nama penyakit
Racun disyorkan
Kaedah meracun
Daun
Daun
Daun
Dreshslera maydis
Puccinia polysora
Kulapok Downy
Mancozeb
Copper oxychoride
Musnahkan pokok berpenyakit.
Sembur racun pada 0.15% b.a
o.15% b.a
3.2.5 Perlaksanaan kerja – kerja awalan penyediaan tapak ( kontraktor )
3.2.5.1 Membersih kawasan dan meratakan tapak
3.2.5.2 Kerja – kerja plough tanah
3.2.5.3 Kerja – kerja rotor dan membuat batas
3.2.5.4 Kerja – kerja membuat parit
3.2.5.5 Kerja – kerja memasang system paip dan sprinkler
3.2.5.6 Membina setor dan garaj untuk generator / baja
3.2.5.7 Memasang dan menguji system generator pam air / sprinkler
3.2.6 Proses menanam ( usahawan / peserta projek )
3.2.6.1 Meracun rumput
3.2.6.2 Membaja batas sebelum menanam
3.2.6.3 Menghidupkan generator pam air / sprinkler
3.2.6.4 Menanam biji benih
3.2.6.5 Meracun serangga
3.2.6.6 Membaja : ..........................
3.2.6.7 Pam air / sprinkler harian ( mengikut giliran peserta )
3.2.7 Proses pengeluaran hasil ( kontrak farming )
3.2.7.1 Kerja – kerja pengumpulan buah ( peserta )
3.2.7.2 Kerja – kerja menimbang ( ketua projek )
3.2.7.3 Pembayaran kepada peserta melalui PPK
3.3 Pemasaran
Pemasaran akan dibuat secara kontrak farming dengan syarikat swasta dan juga agensi kerajaan seperti FAMA. Pengeluaran dan ruang pasaran akan diuruskan 100% oleh PPK Sungai Siput (U) Perak. Tuaian dan gredding akan diuruskan oleh usahawan sendiri.
4. ORGANISASI PENGURUSAN
4.1 Penyeliaan dan pengawasan
CARTA ORGANISASI PROJEK TANAMAN JAGUNG.
( buat carta organisasi tuan )
PENGURUS BESAR BIRO PROJEK PENGELUARAN LADANG
PENGURUS PROJEK
PENGURUS AKAUN
KETUA PROJEK PEMASARAN
( USAHAWAN )
4.2 Pengurusan
berikan detail struktur pengurusan tuan, siapa ketua, siapa supervisor, siapa pekerja dan sebagainya.
5. ASPEK KEWANGAN
5.1 Kos Projek
5.1.1 Kos Tetap
Seperti di lampiran 1 - 2
5.1.2 Kos Berubah / Operasi
Seperti di lampiran 2 - 3
5.1.3 Kelebihan Kekurangan
Seperti di lampiran 3
5.1.4 Analisa pendapatan projek
Seperti di lampiran 8
5.1.5 Kiraan Kadar Pulangan Dalam
Seperti di lampiran 8
5.2 Analisa Wang Tunai Projek
Seperti di lampiran 5
6 JUSTIFIKASI PROJEK
6.1 Faedah Ekonomi
a. Kadar pulangan kepada projek ini adalah memuaskan, dimana daripada perkiraan kadar pulangan dalaman menunjukkan projek ini adalah berdaya maju.
b. Titik pulangan modal bagi projek ini dijangkakan dapat diperolehi pada tahun ke 1.
c. Pertambahan kepada isipadu perniagaan serta keuntungan tahunan PPK yang berterusan.
d. Dengan kualiti yang baik, pasaran harga yang baik akan diperolehi.
6.2 Faedah Sosial
a. Pertambahan projek-projek pengeluaran ladang dikalangan ahli-ahli peladang muda di unit peladang akan berkembang.
e. Meningkatkan pengeluaran bahan makanan Negara dengan mengurangkan kadar import.
f. PPK dapat mempelbagaikan aktiviti pertanian dikalangan ahli.
g. Mengujudkan peluang pekerjaan.
h. Menambahkan pendapatan ahli / tuan tanah.
7 KESIMPULAN
7.1 Adalah diharapkan dengan terlaksananya projek tanaman jagung manis seluas 100 ekar di bawah Program RMK – 9 / Pengeluaran Makanan Asas Negara di kalangan usahawan terutamanya ahli peladang muda PPK ini akan berlakulah arus-arus transfomasi pertanian yang sering diwar-warkan oleh Menteri Pertanian.
7.2 Matlamat utama PPK Sungai Siput (U) adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan di kalangan ahli-ahli peladang agar sistem perladangan secara konvensional ini dapat diperbaharui dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang optimum dengan bantuan khidmat nasihat teknikal dari Jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat di dalam projek ini.
7.3 Menjadi wawasan PPK agar projek ini bakal menjadi pencetus semangat di kalangan ahli-ahli peladang bahawa bidang pertanian merupakan satu perniagaan yang menguntungkan sekaligus dapat meningkatkan lagi taraf sosio dan juga ekonomi para peladang terutamanya.
7.4 Perlaksanaan projek ini akan memperkukuhkan lagi peranan Pertubuhan Peladang serta sumbangan PPK terhadap seruan kerajaan sebagai badan pengeluar bahan makanan.
7.5 Akhirnya, pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U) berharap Lembaga Pertubuhan Peladang dapat mempertimbangkan permohonan dari PPK ini seterusnya meluluskan permohonan ini.
pesanan, ini adalah contoh ya. so kenalah usaha sendiri untuk buat kertas kerja yang lebih baik daripada ini. ingatlah, kesungguhan tuan untuk membuat kertas kerja ini akan membuktikan yang tuan tahu (TAHU) apa yang tuan hendak lakukan. kalau kertas kerja pun xboleh nak buat, bermakna tuan masih belum TAHU apa yang tuan rancangkan, mungkin hanya angan2 mat jenin dan bakal melingkupkan projek serta membazirkan duit kerajaan.
ingatlah, jangan suka menyalahkan takdir, tuan kena usaha dahulu, tuan kena rancang dan laksanakan, keputusan baru kita serah pada Allah Subhana Wata'ala.
Ingat nasihat saya yang tak berapa pandai ni, kertas kerja AMAT AMAT PENTINGGG!!!
DENGAN KERTAS KERJA LAH KITA TAHU APA YANG BAKAL / RISIKO2 YANG MUNGKIN DI HADAPI.
ORANG KATA RISIKO YANG TERHITUNG, JANGKAAN RISIKO. KALAU KERTAS KERJA TUAN SUKSES, BERMAKNA TUAN TAHU APA YANG TUAN INGIN LAKSANAKAN. JANGAN HANYA MENIRU ORANG BULAT2. KEMUDIAN KENA SOAL DAH XTAHU JAWAP, JANGAN BUAT KERJA MUDAH, JANGAN MEMBAZIRKAN MASA, DUIT KERAJAAN.
SELAMAT MENGKAJI. :)
WSALAM..