Sila klik untuk membantu saya! Tanpa sponsor, tidak mungkin blog ini dapat bertahan lama.

Followers

Wednesday, November 16, 2011

Tujuan sparring bagi ayah.


Sparring atau tempur bebas bersama rakan pesilat adalah untuk mengukur sejauh mana pencapaian diri kita sendiri sebenarnya. Selagi serangan mereka menembusi pertahanan kita, bermaknanya masih ada kekurangan pada kita. Dalam sparring adalah amat penting untuk menjaga keselamatan diri dan kawan kita. Tak guna sparring sampai lupa diri sampai mencederakan diri dan kawan kita. Tujuan berlatih adalah untuk mendapatkan skill dan bukannya untuk kill (cedera atau terbunuh) kawan-kawan.
Tiada alasan tidak sengaja dalam sparring melainkan kita lalai, leka, dan tidak fokus.
Kita perlu belajar mengawal serangan kita, kita juga haruslah mengawal tempat2 sensitif pada tubuh kita. Selagi tidak dapat menjaga 2 perkara ini, maka eloklah bermain secara lembut / perlahan sahaja.
Kalau nak banting/humban kawan, maka perlu sambut agar dia tak jatuh gedebuk. jika hendak menyerang pula, jangan sampai 'makan dalam'. cukup sampai/sentuh/dan tolak perlahan tanpa melepaskan momentum pukulan.
Ingatlah, jika kita boleh kawal diri dalam sparring, bermakna kita boleh mengawal situasi, dan sudah tentu boleh bertarung di luar yang mana undang2 tidak digunapakai (kpd penjenayah). Ingatlah, amat penting untuk kita mengawal situasi, bukan situasi yg mengawal kita atau dalam ertikata lain "kelam kabut".
Sekian, dan harap dapat memahami apa yang ayah sampaikan.

0 comments: