Tuesday, November 24, 2009

WHEN THE ME GADEGEYYY.

Ni cerita lawak yang aku dapat lama2 dolu, kisah perbualan orang kelantan berkenaan cerita wayang bertajuk when the man got the gun. Bila dah royak kelate bunyinye doh jadi lain. Tanya tgk kat maner? dia jawap R.E.pangkoh... kita punya ler mikior pekebender tu? xpenah dengar pun nama pawagam mcm tuh. Rupanya R.E pangkoh tu panggung REX. Bila tanya tengok cito gapodio? dia jawap wendemey gadegey...ape bender pulok tuhhhh? ehehehehe.

pastuh teringat masa blaja kat kelantan tu dulu, depan masjid pasir tumboh tu selalu pagi2 ada org jual ikan sayur. masa nak beli ikan selonggok sepiring tanya harga berapa? pakcik tu kabor samah. yang aku ni pulak ntah pasal termalu alah, segan nak tanya samah tu apa, aku beri ler seploh hengget. rupanya samah tu lima kupang...mak ai murahnya ikan. makan tengahari toksah cakap ler, sengget jer kalau nasi berlauk tuh. murah2 betul. belanja rm200 sebulan tu lebih dari cukup lerrr. mewah mewah negeri kelantan.

ASAH HOBI DAN BAKAT.

Tiap2 kita ada hobi dan bakat yg tersendiri, jgn terikut2 dengan rentak kwn2 yang berjaya dalam MLM. Bukan semua boleh bercakap dlm erti kata terer 'menjual'. Dahulu saya terikut2 rentak kwn2, meniaga sana sini, labur sana sini, bila xlaku hati sakit. Benda yang kita jual bukanlah minat kita, tp dek kerana motivasi daripada motivator yg berapi2 nehh akhirnya termakan juga. Tp benda xminat dipaksa2, bila xlaku mula membentak2. Akhirnya saya tertinggal jauh...

Saya mula berjinak2 dengan keris semasa kecil lagi, masa tu lipat2 kertas buat bentuk keris, pakai towel ikat kat kepala buat setanjak. pastuh bersilat ler ikut2 mcm citer p.ramlee (hang tuah). Filem tu begitu besar pengaruhnya kepada saya. Bila dah dewasa minat kepada keris xpernah padam, disamping itu saya juga suka melukis, memasak dan merekacipta. Zaman kanak2 saya cukup istimewa sekali, kira bestt gilerr lah. Dengan famili betul, dgn famili angkat, dgn kwn2, dgn cikgu2, mmg indah sekali.

Mula mempunyai keris pada tahun 2005, dan selepas itu xberenti2 mencari keris, akhirnya minat dan hobi ini saya jadikan satu peluang mencari makan, brg xlaku saya xsakit hati kerana saya suka melihat dan membeleknya. Pernah paling byk sampai 50bilah tergantung dekat ruang tamu dan dalam bilik. Dan pernah juga habis stok dengan sekali sapu. Sekarang dah mula gatal tangan pegang grinder, hobi melukis dan merekacipta dahulu ada gunanya, keris kosong saya lakarkan lurahnya, saya buat melela, kini saya belajar2 mengetuk besi api, rasa puas dalam hati sebab ini minat dan hobi saya. Dahulu saya ambil stok atas pertolongan rakan2, kini dah mula membuatnya sendiri. EHEHEHEH.

Monday, November 23, 2009

Untuk renungan....bab2 terlepas pandang.

Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah Shallallahu`alaihiwasallam kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

· CARA MAKAN

· JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

· TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
· JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah...................... ...........
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

· Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

· Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat
amalan antara lain:

· Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

· Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

· Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

· Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

artikel daripada saudari yasmin. terima kasih.

JIKA MUSUH BERSENJATA APA IKHTIAR KITA?

Assalammualaikum kawan2...

Jika musuh bersenjata ada di depan kita dan kita dah xboleh nak lari, ada 2pilihan aja pada saya, satu beri jer apa dia ndak atau lawan. Jika rasa xyakin untuk menang, maka lebih baik hilang duit daripada hilang nyawa, jika diri boleh bertenang maka carilah ikhtiar untuk melepaskan diri. Salah satunya dengan 'berlakon' buat2 kena heart attack/serangan jantung, kena sawan babi, atau mengilai kuat2, naik syekh/antu, atau lari sekuat hati. Ada juga yang saya dengar dia buat2 bodoh, bila penjenayah datang dekat dan cuba berkomunikasi dia terus jawap 'apa? apa? stail macam telinga xberapa dengar sambil berlalu pergi, yang penjenayah terpinga2 sekejap sebab xsangka 'feedback' yg dia dapat xsama seperti yang dia jangka. ehehehe..

Jika hendak mengadap perlu latihan, jika tidak ada latihan mungkin jari kena kerat, tangan putus dan sebagainya spt yg biasa kita baca dalam akhbar. Oleh yang demikian langkah belajar ilmu beladiri adalah amat digalakkan malah ianya amat baik untuk kesihatan kita. Banyak cara sebenarnya untuk mengadap musuh yang bersenjata, antara petua yang cikgu saya selalu pesan adalah 'jaga jarak', ambil serangan dan buang serangan sambil membuat serangan balas ke tempat2 yang sensitif dan lembut spt halkum, kemaluan atau ulu hati. Jangan terpengaruh dengan 'cara gaya' yang kita lihat diTV, banyaknya cantik aja tapi xboleh pakai pun dalam keadaan yg sebenar. Oleh yang demikian belajar dengan menghadirkan diri ke kelas2 beladiri adalah yg terbaik, belajar ikut buku pun xberapa bagus untuk pengamal baru melainkan jika sudah ada asas dalam beladiri. Jadi jika xbelajar seni beladiri, maka ada 2 cara sahaja untuk melepaskan diri jika dah xboleh nak lari, beri apa dia nak atau berlakonlah buat2 histeria atau sbgainya. Jangan dilawan takut xtermakan dan akhirnya kita yang kena kerat. Sekian.

SAMPAI TANGAN DAN TANGAN MELAYU.

Dalam menyampaikan hajat, siku tidak ditarik kebelakang. Sila rujuk gambar di sebelah. Untuk melatih kemahiran ini bolehlah dilakukan dengan mengangkat tangan kanan anda terus ke hadapan kemudian turunkan tangan tersebut ke bawah, lakukan latihan ini secara konsisten dan amalkannya sebagai senaman. Kemudian cuba kira berapa pantas tangan anda mampu diangkat kehadapan. Jangan berkeras apabila mengangkat tangan, lembutkan pergerakan tangan dan buat sepantas yang mungkin. Bayangkan tangan anda sampai ke badan musuh dengan sekelip mata. Tau – tau tumbang aje musuh. Untuk mendapatkan momentum pukulan hanya memerlukan nafas sesedut, tangan yang telah tersedia di badan musuh hanya memerlukan sedikit tolakan daripada bahu anda dan kekuatan pinggang untuk melepaskan kuasa momentum pukulan.
Saya ulangi sekali lagi, pergerakan di atas tadi memerlukan latihan yang konsisten. Mula dengan perlahan untuk mendapatkan ‘rasa’ sebelum latihan kelajuan dan ketepatan sasaran.
Untuk mendapatlan ‘rasa’ saya syorkan senaman gulung ekor naga dan sampai tangan ( rujuk buku Senaman Tua ).

Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, bangsa Melayu telah pun sejak zaman dahulu mencipta banyak jenis tumbukan yang mungkin setengah daripadanya telah kita ketahui. Tumbukan – tumbukan ini lebih dikenali sebagai Tari Tangan. Nampak seperti berbunga – bunga, tetapi awas! Dalam gemalai dan asyiknya bunga – bunga tangan ini bertari, ianya boleh berubah menjadi senjata yang efektif. Perginya tidak nampak dan rasanya hingga ke tulang. Kena pula yang tumbukan yang berputar seperti memulas pemutar skru ( skrewdriver ). Jangan salah anggap Silat tiada kaedah ini kerana pengaruh filem – filem Jet Li. Untuk pengetahuan para pembaca, seni berkeris memerlukan pengamalnya memutarkan kerisnya apabila mata keris telah memasuki badan lawan. Ini untuk merobek seluruh isiperut lawan agar terburai keluar dan sekaligus mendatang kecederaan yang maksimum.

Nama – nama pukulan tangan Melayu

1. Segenggam Padi
2. Buku Lima
3. Cucuk Sanggul
4. Tapak Rimau
5. Parang
6. Angin Kuncup
7. Alun Air
8. Renjis / sengat anak lipan

bersambung...

TAPAK MELAYU.

Dalam silat melayu terdapat 3 jenis tapak permainan iaitu :

1) Tapak 3.
2) Tapak 4.
3) Tapak 5.

Tapak 3 adalah satu kaedah lari dan pukul atau elak dan makan, ia berkenaan cara melangkah iaitu kaki melangkah keluar dari sisi bahu lawan dalam kurungan tiga segi. Jika kaki kanan yang keluar dipanggil keluar/langkah jantan dan sudah tentu kaki kiri akan masuk secara menegak ke arah lawan dan ini dipanggil masuk betina.

Jika kaki kiri yang keluar/mengelak maka dipanggil keluar/langkah betina dan masuk jantan iaitu kaki kanan akan masuk untuk membuat serangan. Jadi langkah kaki akan menentukan jantan betinanya bentuk serangan. Saya ulang sekali lagi, jika musuh/lawan menyerang, kita elak ke sebelah kiri dengan mengeluarkan kaki kiri, itu dinamakan langkah betina, seterusnya selepas kita elak kita masuk kaki kanan (masuk jantan) untuk menyampaikan buah hujung/dalam.

Tapak 4 pula berkenaan berlangkah dalam kurungan empat segi, kaki akan keluar samada kiri (betina) atau kanan (jantan) diikuti dengan langkah tenteng, kemudian kaki yang ditenteng akan keluar ke belakang dengan bergelek dan diikuti semula dengan bertenteng dan begitulah seterusnya hingga kedudukan kembali kepada posisi asal. Tapak 4 adalah permainan untuk senjata2 panjang spt sundang, tombak, tongkat ataupun pedang. Ia memberi ruang kepada kita untuk melibas, memotong, atau menetak musuh/lawan menggunakan senjata yang panjang.

Tapak 5 adalah berkenaan permainan depan dan belakang / gelek, lawan datang dari belakang, kita keluarkan kaki ke belakang samada kiri atau kanan, kemudian kita ambil serangan samada atas atau bawah, dan selepas itu kita melangkah setapak lagi untuk bergelek semula ke posisi asal (hadapan) samada dari bawah dan bangkit badan atau jika bermain atas terus melangkah ke hadapan (posisi asal).

bersambung...

ASAS TAPAK DALAM SILAT MELAYU.

Silat Melayu mengikut amanah guru kepada saya tiada mempunyai kekuda, hanya berlangkah, gelek / kelek dan tapak. Asas kepada tapak dipanggil dengan nama penjuru angin bermata satu. Haa... jangan ingat angin tak ada mata, untuk memudahkan pemahaman anda sila lihat gambar rajah di sebelah ini. Untuk mahir dengan setiap penjuru mata angin ini, tapak kaki perlulah hidup. Untuk menghidupkan tapak bolehlah bermula dengan langkah kaki kanan ke hadapan, dalam posisi ini angkatlah kedua tangan anda lurus ke hadapan. Dengan perlahan – lahan ajukan kedua tangan anda tadi ke posisi sebelah kiri diikuti dengan gerak badan. Pinggang hendaklah mengikut pergerakan kedua tangan tadi, perlahan – lahan pusingkan kedua telapak kaki anda hingga hujung jemari kaki anda menghala ke arah yang sama dengan kedua belah tangan anda. Senang?

Dalam keadaan posisi yang sama ( anda sekarang sudah menghadap ke sebelah kiri ), halakan pula kedua belah tangan anda tadi ke arah kiri ( posisi musuh datang dari sebelah belakang ). Lembutkan pinggang dan ikut pergerakan seperti tadi. Kemaskan kedudukan anda dengan membetulkan posisi kedua telapak kaki anda. Masih senang?

Haa... sekarang bagaimana kalau musuh datang dari sebelah kiri lagi? Halakan kedua belah tangan anda ke sebelah kiri seperti kaedah di atas, tentu kaki anda telah bersimpul pada kedudukan ini. Dengan perlahan – lahan balikkan atau baringkan telapak kaki kanan anda seperti gambar rajah di sebelah. Kedudukan ini dipanggil dengan nama lipat pandan naga berlabuh. Memang menyakitkan bagi yang baru pertama kali mencubanya. Tetapi jangan khuatir, kerana ianya baik untuk kekuatan sendi kaki anda. Malah ianya merupakan salah satu kaedah di dalam Senaman Tua ( belilah buku Senaman Tua, nak order boleh beli dan rujuk dalam buku Senaman Tua dan majalah Seni Beladiri di toko buku berhampiran ).

Kemudian dengan perlahan – lahan pusing semula kedudukan badan anda kepada posisi asal, ulang kaedah yang serupa pada posisi sebelah kanan pula, dengan cara melangkah kaki sebelah kiri ke hadapan. Mudah bukan?
Dengan mahir bermain tapak, langkah tidak akan menjadi sumbang. Malah tapak menjadi hidup dan diri boleh mengawal 4 penjuru serangan.

Untuk menghidupkan tapak kaki boleh juga bolehlah dengan melakukan senaman tapak 9. Secara ringkasnya perbuatan memusing musingkan tapak kaki tanpa mengangkat kaki dan juga lutut dengan bermula pada bahagian hujung ibu jari kaki, seterusnya 4 anak jari kaki memusing kebahagian tepi, tumit, bawah dan kembali ke ibu jari kaki semula. Kaedah menekan kedua belah tapak dalam keadaan memusing. Ini saya galakkan anda mendapatkan buku senaman tua ( st ) untuk keterangan penuh dan boleh dipesan melalui majalah Seni Beladiri.

bersambung....

ASAS JARAK DALAM SILAT MELAYU.

Jangan jadi mangsa! Persoalan yang sering bermain di dalam minda kita semua ialah bagaimana untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa? Dalam persilatan Melayu guru – guru akan mengajar kepada anak muridnya agar sentiasa merendahkan diri. Perbuatan ini secara tidak langsung akan menghindarkan murid itu daripada bersikap ego, bongkak dan lupa diri. Yang mana sikap negatif ini akan menjerumus diri sendiri untuk menjadi mangsa. Maklumlah bila diri tidak mahu bertolak ansur dan hati asyik nak menang ajer maka tidak mustahil pergaduhan boleh terjadi. Terpulanglah samaada menang atau kalah, kerana kata orang tua – tua ‘ menang jadi arang dan kalah menjadi abu, api tidak akan surut jika dilawan dengan api’. Jadi sekiranya anda dengan sikap ego menyalahguna kepandaian bersilat dengan menggunakannya ke jalan yang salah, tidak kira anda menang sekalipun, jawabnya duduklah dipenjara kerana melanggar undang – undang Negara.

Baiklah, berbalik kepada persoalan jarak itu tadi, jangan jadi mangsa. Jarak di mana tangan atau kaki musuh boleh sampai pada tubuh badan kita. Sentiasa berwaspada dengan jarak. Biar musuh berlangkah untuk mendapatkan anda. Daripada langkah mara musuh anda boleh mengelak samaada ke kanan atau ke kiri. Pada kebiasaannya musuh akan menyerang pada sebelah kiri anda oleh itu berhati – hatilah untuk elak ke sebelah kanan ( yelah, jangan hairan sangat sebab kebanyakan manusia menggunakan tangan kanan kalau bukan kidal, betul tak?). Ini kerana bagi pesilat Melayu, serangan ke sebelah kanan musuh dilakukan oleh mereka yang benar – benar faham dengan gerak badan manusia. Manalah tahu di depan anda memang seorang ahli beladiri yang menyalahkan kepakarannya dalam tempur jalanan. Guru saya ada berpesan ‘ berhati – hatilah dengan pengelat.’ Ini kerana ilat ( kata mudah menipu, memperdaya musuh ) akan dilakukan pada sebelah kanan atau trademarknya pukulan Seturut ( 2 hingga 3 buah dalam satu serangan ). Ini akan saya kupas di dalam bab ‘menjual’.

bersambung...

Thursday, November 19, 2009

PENTINGNYA MENGHIDUPKAN LANGKAH.

Latihan berlangkah dalam Silat Melayu Keris Lok9 adalah amat penting, sewaktu mula2 belajar dahulu mmg selalu berlatih berlangkah, Lok1, Lok3, Lok5, kemudian terasa jemu dan mula melebihkan latihan mengambil gerak / latihan berpasang / sepasang. Setelah berlatih mengambil gerak beberapa waktu (rasanya 3bulan juga) terdetik dihati saya untuk mencuba kaedah sparring dengan sepenuh kuasa/full force dan ketika inilah saya nampak kepentingan latihan berlangkah.

Latihan berlangkah adalah satu cara yang paling baik untuk 'menyelamatkan' diri sebelum sesuatu serangan dibuat, samada belaan atau serangan. Jika kita hanya menumpukan kepada mengambil gerak sahaja, jika berlaku keadaan sebenar pertempuran maka langkahan akan menjadi kaku atau 'terpaku'. Oleh yang demikian latihan berlangkah adalah amat penting untuk menghidupkan 'gerak'. Ada cara mudah untuk belaan dan serangan, tetapi untuk mendapatkannya haruslah selalu/kerap berlatih langkahan dan latihan mengambil gerak (perlu seiring). Kaedah ini jarang ditunjukkan Guru kerana bagi kita yang masih baru kita akan nampak kaedah tersebut seperti tidak logik atau tidak praktikal. Kita hanya 'faham' kaedah tersebut apabila 'telah sampai masa' atau 'masak'. Hendak masak perlulah berlatih selalu. InsyaAllah.

Wednesday, November 18, 2009

Salam pendamaian dan mohon kemaafan kepada Saudara Selimut Hitam.

Setelah berfikir panjang dan setelah meneliti diri yang serba kekurangan ini, saya dengan rela hati ingin memohon maaf kepada saudara selimut hitam atas kekasaran saya kepada anda. Memang benar saya terbawa2 sifat baran saya, dan maafkan saya kerana tidak menegur secara berhikmah. Harap maaf dan sambutlah salam perkenalan daripada saya mohd syahir makin. Wsalam.

notes: Segala entri, komen, dan feedback yang berkaitan telah saya simpan dan tidak akan pamerkan demi menjaga hati saudara selimut hitam. Terima kasih.

Tuesday, November 17, 2009

KUPU KUPU


Peta Lama dan Melaka





korang bayangkan betapa besarnya kota Melaka. Pelabuhan antarabangsa yang maju!
Korang cuba bayangkan betapa besarnya kota Melaka, sebab itu British beriya2 musnahkan kota tersebut sehinggalah si macai stamford rafles sampai dan mengarahkan kerja2 memusnahkan kota tersebut dihentikan. yang tinggal seciput peninggalan portugis iaitu A Famosa. konon2 tu semua kota portugis. walhal seluruh kota yang dimusnahkan itu adalah kota Melaka yang asli di mana binaannya ada ciri2 Melayu. A Famosa tu hanyalah renovation kecil yang dibuat oleh orang Portugis ke atas kota asal Kesultanan Melayu Melaka. Keseluruhan kota tersebut ada sebahagiannya dalam tanah, ditambak, dan dalam laut. Tak percaya? pi ler berenang tgkkkk... ops lupa lak nak kasi tau, kalau nasib baik leh jumpa nesan Raja2 / Sultan2 Melaka dalam laut tuh. ehehehe.

Silaturahim ke kediaman Cikgu Mazlan Hashim



Photo Allahyarham Aki Mat Kilau.

Punyalah banyak gambar pendekar2 melayu.

Monday, November 16, 2009

Rezeki cabutan bertuah Gene Martino



Raya arituh membeli belah kat Gene Martino Greentown Busines Centre, 1st time ler beli baju kat sana, baju lawa2 dan senang dpt saiz xxl nih. Pastuh masuk ler peraduan, cabutan bertuah. ehehehe...alhamdulillah, bagi orang umah shopping, RM 400.00 gak lerr dapat voucher pree...senyum sampai ke malam, tidor pun senyummm. :)

Anak-anak penyambung warisan.


Anak2 penyambung warisan,
penjaga adat,
menabur bakti,
kelak menjadi orang berbudi,
beradab sopan berpekerti mulia.

Friday, November 13, 2009

TANAH PERKUBURAN ISLAM KG.KETAPANG HILIR.



Mari aku bawakan jalan2 ziarah kuburan keturunan kami, ahli keluarga kami yang tercinta.


Inilah kubur nenek kesayangan, Tukmi aku, Hajah Aminah binti Ahmad. Rindunya aku pada tukmi aku....

yang ini pula atuk aku Mu'alim Muhammad Hasan Senik Al-Attas, pengasas sekolah agama al-attas kg ketapang tengah, pekan pahang tu. Dalam blog ulama nusantara tu suka2 hati deme jer kata pengasas sekolah(bekas pondok) tu usman senik (mufti pahang), ni keturunan dia semua hidup lagi. Minta tolong betulkan fakta tu!

yang ini moyang aku, Cik Halimah binti Kasim, bapak dia inilah merangkap Panglima Kasim Terengganu yang dititahkan Sultan menyelamatkan diri dan keluarga daripada komplot untuk membunuhnya. Ni story sebelum keturunan Bendahara naik.


Kepada waris2 sebelah isteri pertama tuk, kalau nak hubungi aku boleh telefon aku di talian 019-440 6644. Aku belum jejak lagi kaki kat kubur Panglima kasim di Pulau Tawar, Jerantut Pahang sana. Kalau ada gambar leh pasing2 ke aku. Tq.

Wednesday, November 11, 2009

SIAPA YANG RACIST / PERKAUMAN?

Aku nak sentuh lagi hal perkauman yang dimainkan oleh beberapa puak nehhh...siapa yang perkauman? Jangan suka membuat onar demi mendapatkan nama dan kedudukan dalam parti politik ya. Silap besar nanti kepala kena kerat..ehehehehe. Apa pulak tulisan jawi pun jadi isu? Yang deme sekolah tulisan cina, tulisan india xder pulak kita bising, jadi siapa yang perkauman sebenarnya?
sudahlah tanah kita nak direbutkannya, kang aku halau balik negeri cemana?

Kita pun jangan berlembut sangat dengan spesis mcm nehh... Cam lina Joy tu kalau aku dah lamer kena kerat. Kalau deme lebih sangat, kasi cepukk ajerrr. Buat apa nak jaga hati, hati kita xpernah deme nak jaga pongggggs!!!

Monday, November 9, 2009

TUGASAN DI KEDAH 9 - 11 November 2009.

Pusing2 sekitar Sungai Petani, ada bandar lama dan bandar baru. Esok mungkin ke Lembah Bujang nak melihat apa yg ada. Ada cadangan?

lembah bujang xsempat nak gi, tp yg pasti 3 kali gak ler berulang ke radix fried chicken, sedap punya pasal. ehehehe....aku rekemen ler kalau nak pi RFC tu, makanannya sedap2, dan apa yg penting? haa....orang kita punya bisnes, kerajaan patut bantu lagi orang2 yg mcm nehh, kasi boost lagi. Dia dah berusaha sampai ke tahap tu dan aku salute pada org2 yg begini,. baguusssss!!!

pastuh aku nampak kat sana otw nak ke tg dawai/semeling ke apa nama dia, ada byk port jual lokan, siput, kepah, lala dan mcm seafood yg mengancam lerrr..perghhhh. adik aku pulak kasi tau ada HPA buat makanan laut di Oriental ......(xingat lak nama belakang) sebelah HPA bakery tu. Jalan nak ke Swiss In Hotel. Kena reapit semula nampaknya sbb masa xmengizinkan. Kuakuakua.

Friday, November 6, 2009

TAKRIF / MAKNA MELAYU

Melayu Malaysia yang disebut Kaum Melayu adalah masyarakat Melayu berintikan suku Melayu sejati yang merupakan orang Melayu asli Tanah Semenanjung (Melayu Anak Jati) ditambah suku-suku dari ras Indo-Melayu pendatang dari Indonesia dan tempat lainnya yang disebut Melayu Anak Dagang seperti suku Jawa, suku Minang, suku Riau (di Indonesia disebut Melayu Riau), suku Mandailing, suku Aceh, suku Bugis, suku Bawean, suku Banjar, suku Champa dan lain-lain. Semua diikat oleh agama Islam dan budaya Melayu Malaysia, sehingga ras lain yang beragama Islam juga dikategorikan Kaum Melayu seperti Tionghoa Muslim, India Muslim dan Arab. Sehingga Melayu juga berarti etnoreligius yang merupakan komunitas umat Islam Malaysia yang ada di Kerajaan Islam tersebut, karena jika ada konsep Sultan (umara) berarti juga ada ummat yang dilindunginya.

Namun, etnis Melayu di Malaysia yang tidak terikat dengan Perlembagaan Malaysia secara umumnya terbagi kepada tiga suku etnis terbesar, yaitu Melayu Johor, Melayu Kelantan dan Melayu Kedah di Semenanjung Malaysia. Melayu Johor sebagai suku etnis terbesar, banyak terdapat di sekitar ibukota Malaysia, Kuala Lumpur dan negeri Johor itu sendiri. Selain itu, masyarakat Melayu yang tinggal di negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Malaka dan Perak juga bisa digolongkan sebagai Melayu Johor walaupun mereka bertutur dalam dialek yang agak berbeda berbanding bahasa Melayu baku kelainan-a (Melayu Johor).

Manakala, di Malaysia Timur pula, wujud juga komunitas Melayu Sarawak dan Melayu Brunei yang mempunyai dialek yang berbeda dengan Melayu Semenanjung. Suku Melayu Sarawak biasanya terdapat di Negeri Sarawak, manakala suku Melayu Brunei biasanya menetap di bagian utara Sarawak dan Pantai Barat Sabah yang berjiran dengan negara Brunei Darussalam.

Dalam ertikata lain jika kita bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu, beragama Islam maka Melayulah kita. Yang jadi masalah sekarang ialah bila buang budaya, buang agama, maka akan rosaklah bangsa, hilang identiti, jadi 'sayur' ler kepada bangsa lain. Sekian.

AKU ANAK MELAYU !

Berbanggalah dilahirkan sebagai anak melayu, jika anda 'tahu', anak melayu berkebolehan dalam semua bidang kerana faktor masa lampau yang dah menjadi darah daging (genetik), faktor masa yang teramat lama sejak daripada zaman Nabi Ibrahim lagi. Ini kerana bangsa kita merantau daripada satu tempat ke satu tempat dalam perjalanan yang cukup panjang. Kita boleh membina apa sahaja jika ada kemahuan, hantarlah ke ceruk manapun insyaAllah boleh hidup, kita tahan kepada keperitan, kesakitan, kita kreatif dan macam2 lagi. Penjajah sengaja mengatakan / menanam dalam minda kita yang kita bodoh, malas dan sebagainya. Tapi percayakah anda jika kita seteruk itu bagaimana mampu kita mentadbir sebuah pelabuhan antarabangsa suatu masa dahulu. Mereka datang sini bukanlah kerana rempah ratus, tetapi kerana harta/emas berjuta yg bersepah2 di Melaka. Mana boleh dibiarkan sebuah Negara ISlam yang kaya raya terus berdiri megah, mesti dicantas, kalau tidak akan menjadi ancaman kepada mereka (ancaman? aku pun pelik mcm mana dorang leh lable kita ancaman? ada kita ganggu mereka? ada kita serang negara dema? takder kan? so yang benarnya adalah mereka dengki dgn kita, mereka rebutkan harta kita, mereka tamak haloba...itu saje).

Jadi sedarlah wahai bangsaku... bangkitlah dan jadilah Melayu Yang Sejati.

Keris Pipit Teleng Lok 9 (pamur)





Keris yang baik, berpamur, ada gat, ditawarkan dengan harga RM 1,100.00 sahaja.

FILEM JEBAT !

Kita mendapat khabar bahawa sekarang produksi filem Jebat sedang dilakukan, setelah lama filem2 sebegini tidak dibuat, last skali filem epik puteri gunung ledang yang fail darisegi pemahaman 'roots' sejarah bangsa Melayu (ada ker gambarkan pasar Melaka punye ler kunno, walhal Melaka tu pelabuhan antarabangsa, dgn penjual ubat berkemban lerr...xsenonoh betul! udah ler hang tuah jiwang, lari dalam utan, ujanlak tuh sebab frust nonggeng! Digambarkan pula istana cokia Kerajaan Majapahit yang xberdinding! )

Aku berharap sangat ler pihak produksi jangan main tangkap muat aja, study betul2 sejarah Melaka, banyak aspek yg perlu diteliti utk membuat filem sebegini. Paling penting kostumnya, jangan main taruk aja asal nampak mcm pahlawan Melayu walhal sampin pun pakai xreti! Pastu keris memainkan peranan penting, mana ada Sultan Melaka memakai keris jawa! (PGL). DAN YANG MUSTAHAK SEKALI JANGAN LER ADA AKSI BANGAU - TERBANG SANA TERBANG SINI. GUNALAH PAKAR SILAT, BUKAN PAKAR WUSHU! NAK PAKAI WUSHU MAKA ADAKANLAH GENG2 LAKSAMANA CHENG HO. JANGAN NANTI PAHLAWAN MELAYU BERLANGKAH WONG FEI HONG YA.

Sekian dahulu buat masa ini. Kerajaan pun tolonglah bagi support sikit. Jayakan filem ini betul2. Gunakan platform ini untuk menyedarkan bangsa Melayu akibat derhaka, Kejutkan Sultan2 yg sedang lena, Sedor diri sikit wahai Melayu yang dah lupa kepada sejarah bangsa sendiri. bye!

Thursday, November 5, 2009

Keris Semenanjung Lok 9







Keris yang baik dan cantik, sampir berplot dengan ira kayu yg cantik. Besi hitam pekat dan berkilat. Besi baekkkkk punya. Harga pun baekkkk punya....RM 1,300.00 sahaja.

Barang Peribadi ngan koleksi display.


Badik pemberian Kak Intan, join eg arituh.

PEDANG CURA SIMANJAKINI TERTANGGAL SISIK EMASNYA ?!

Salam sahabat semua, pagi ini saya mendapat alamat (mimpi) yang agak pelik, saya melihat dalam suratkhabar berita pedang cura simanjakini tertanggal emasnya pada bahagian sarung. Emasnya tertanggal macam sisik ikan, lebih kurang 70% jugakler rosaknya. Tiada gambar Sultan, cuma kurator yang menjaganya. Mimpi ini mmg lain macam jer rasa aku, pagi ni pulak hujan renyai2 sampai jam 11.00pagi. Itu sahajalah yg nak beritahu, mainan tidur... cuma rasa hati tu mcm 'masa dah dekat', janji Allah yang mungkin xberapa sedap bagi kita, tapi terpaksa tempuh juga untuk 'pembersihan' mungkin. Kasihan rasanya, tapi apa nak buat, kita hamba sahaja. Cuma pada melayu2 yg masih bersukaria di luar sana, bertaubatlah kerana 'masa' mungkin xberapa nak ada. Yang sedang 'tidur' tu bangkit2lah. Kali ni teruk kita kena sapu. Yang akan tinggal cuma sekelompok ajer. Apa dah aku merepek ni. Tamat.!!!