Friday, October 30, 2009

Melayuku


Lukisan diambil daripada laman web PPIM.

KOD BABI PADA MAKANAN.

Here are listed all the E-codes that contain pig or other Haram stuff. Remember that gelatin, lecithin and aminoacids are from animal sources. You might find these E-codes from ice cream, candy, cheese, ready made soups, anywhere! Halal ingridients are e.g. soyalecithin and pectins. Those two are from plants.

E120 - (carmines, coccus niles, carmine acid)
E631 - (disodiumenocinate)
E904 - (couldn’t find English name)
E101 - (riboflavin) of blood
E101 - (riboflavinfive fostate) of blood
E141 - (don’t know the name)
E422 - (glycerol) of swine
E430 - (no name given) of swine
E431 - (polyoxyethylenestearate)
E432 - (polyoxyethylenesorbitanemonolaurate)
E433 - (polyoxyetylenesorbitanemono-oleate) of swine
E435 - (polyoksietyleenisorbitaanimonostearaatti) of swine
E436 - (polyoxyethylenesorbitanetristearate)
E470A - (latter’s greaseacid-, potassium- & calsiumsalts) of swine
E470B - (greaseacids’ magnesiumsalts) of swine
E471 - (greaseacids’ mono- & diglycerols) of swine
E472A - (acetic acid esters) of swine
E472B - (lactic acid esters) of swine
E472C - (citric acid esters) of swine
E472E - (wine acid esters) of swine
E472F - (acetic acid- & wine acid esters)
E473 - (greaseacids’ saccharose esters)
E474 - (sugarglycerids)
E475 - (greaseacids’ polyglycerol esters) of swine
E476 - (polyglycerolpolyrisinolate)
E477 - (probuleneglycolmonostearate) of swine
E481 - (sodiumstearolyledilactylate) of swine
E482 - (calsiumstearolyledilactylate) of swine
E483 - (stearyletartrate)
E491 - (sorbitanemonostearate) of swine
E492 - (sorbitanetristearate) of swine
E493 - (sorbitanemonolaurate)
E494 - (sorbitanemono-oleate)
E495 - (sorbitanemonopalmitate)
E570 - (greaseacids)

Untuk artikel lengkap sila ke:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.509
(ARTIKEL DARIPADA LAMAN WEB PPIM (PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA)

SENI BELADIRI UNTUK WANITA - PERCUMA!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Bagi ibu-ibu, wanita, anak gadis tidak kira agama dan bangsa yang berminat dan mampu untuk hadir ke PPK Sg Siput (U), 3km daripada Hospital Sg Siput (U)- ikut jalan ke Felda Lasah, sila hubungi saya jika berminat untuk hadir kursus beladiri wanita, pencegahan, petua berhadapan dengan penjenayah, langkah2 akhir dan senaman tua yang diadakan pada bila2 masa mengikut kesesuaian waktu puan2.

Tempoh kursus - 3jam (1jam senaman tua, 2jam penerangan dan latihan praktikal.)
Yuran kursus - PERCUMA !

Hubungi Mohd Syahir Makin ditalian 019-440 6644. Terima kasih.
SMS tidak akan dilayan. Harap maklum.

Kursus akan diadakan di dewan yang tertutup untuk menjaga rahsia yang bakal disampaikan. Dibolehkan membawa suami, bapa, abang sahaja. Boyfriend, atau pakwe, hatta tunang tidak dibenarkan sama sekali! Kad Pengenalan peserta akan dirujuk!
So saya peringat awal2, jangan bawa bukan muhrim. Muhrim sahaja dibenarkan.
Terima kasih.

Bagi peserta di luar kawasan dan berminat untuk menganjurkan kursus yang serupa, sediakan dewan tertutup, syarat sama spt di atas (tiada bukan muhrim), bayaran perjalanan akan dituntut dengan kadar RM 1.00sen/km pergi dan balik. Harap maklum.

Wednesday, October 28, 2009

Keris Pipit Teleng Lok Rahsia RM 1,790.00 termasuk pos dalam Semenanjung.



Sewar Offer RM 350.00 termasuk pos dalam Semenanjung.



stok sediaada : 3 bilah.

Charita Kuseriwa Offer RM 1,200.00 termasuk pos dalam Semenanjung.


Tuesday, October 27, 2009

KETUANAN MELAYU.

Aku pun tak pasti bila ayat 'ketuanan melayu' ni mula mula sekali dibangkitkan. Minta sapa2 yg tahu agar memberikan maklumbalas dalam ruangan komen.

Cuma yang aku tahu, mengikut sejarah dahulukala, Negeri ini bertuan, dan tuannya adalah Raja-Raja Melayu. Bila ada Raja maka adalah kerajaan iaitu Kerajaan Melayu. Oleh sebab kerajaan ini mengamalkan hukum / undang2 Islam, Rajanya Islam, maka dipanggil Kerajaan Melayu Islam. Dipanggil pula Melaka kerana kisah Parameswara terlihat 2 ekor anjing hitamnya kena tendang dengan pelanduk putih berdekatan dengan pokok Melaka. Jadilah namanya Kerajaan Melayu Islam Melaka. Cerita ini sebenarnya adalah benar bagi mereka2 yang mahu melihat dgn hati yg terbuka. Ada bukti kejadiannya, biarlah saya rahsiakan sahaja buat masa ini kerana menjaga amanah yg telah diberikan dan juga mengambil teladan serta nasihat Nabi berkenaan keselamatan beragama terletak pada 'diam'.

Baiklah saudara2 sekalian, dahulu dan sekarang, orang Melayu mmg amat suka membina kerajaan, di mana2 sahaja yg mereka sampai, mereka akan bina kerajaan. Ada rakyat jelata yang mengikut dan taat pada perintah Sultan. Mereka2 ini dengan rela menjadi hamba Raja. Begitu juga halnya pada masa sekarang ini, orang silat dengan rela hati menganggap diri ini sebagai hamba kepada Raja samada Yang diPertuan Agong mahupun Sultan2 yang memerintah negeri masing. Oleh yang demikian, sebarang usaha untuk mencalarkan imej Raja-Raja Melayu akan dipertahankan habis-habisan. Ini bukan dibuat2 atau inginkan imbuhan, tetapi datang daripada hati, jauh dilubuk hati walaupun kekadang marah dgn perlakuan segelintir Sultan, tetapi masih mempertahankan Raja2 Melayu daripada diusik atau diganggu oleh sesiapa sahaja.

Dahulukala, rakyat jelata menamakan diri sendiri sebagai hamba sekalian rakyat jelata. Ini kerana menjunjung kasih dan segala perintah yg diperkenankan oleh kebawah Duli Tuanku. Namapun Tuanku...TUAN AKU. Jadi bila ada Melayu yang 'lupa diri' dengan cuba mempermain2kan isu Ketuanan Melayu ini, aku sendiri jadi hairan. Ketuanan Melayu ini LANGSUNG TIADA KENA MENGENA DENGAN BANGSA CINA, INDIA, SIKH, DLL BANGSA YANG ADA DALAM MALAYSIA INI. TETAPI ADALAH SATU ADAT RESAM BANGSA MELAYU. Kita tidak pernah menganggap bangsa lain sebagai hamba kepada melayu. Bangsa lain kita hormat sebagai jiran tetangga, kita layan sebagai tetamu, jadilah jagalah kesopanan anda sebagai tetamu. Jika anda sebagai tuanrumah melayan dengan baik tetamu dan jiran tetangga, tetapi anda pula ditohmah dan disakiti pula, ini dah jadi apa kessss??? Pelempang ler jawapnyerrr.

Yang aku kesalkan adalah sikap 2,3 kerat Melayu yang lupa asal usul, yang cuba mempermain2kan sentimen 'ketuanan' ini demi meraih undi politik. Kalau sejarah bangsa sendiri pun hendak dipermainkan, layakkah mereka ini kita angkat sebagai pemimpin negara? Ingat, buang budaya maka akan hilanglah bangsa. Jadilah kita melayu yang lupa asal usul, jadilah kita melayu yang lembik, hidup seperti lalang, mana ditiup diikutkan sahaja, janganlah kerana dendam, kerana mengejar 'Latta, Uzza dan Al Manata' maka sanggup kamu merosakkan bangsa sendiri. Tahukah anda apa itu Latta, Uzza dan Al Manata? Itulah Harta (Latta), Kuasa (Uzza) dan akan datang yang ketiga bilamana harta dan kuasa telah ada dalam gemgeman iaitu Al manata (perempuan).

Itu jer kot buat masa ini...ok sekian. Terima kasih kerana sudi membaca catatan daripada seorang manusia yang duduk menumpang kat negeri Perak bertuankan SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH.

Monday, October 26, 2009

Melentur buluh biar daripada rebungnya.

Keris, lambang kedaulatan bangsa melayu,
amat besar makna daulat di situ,
jika diperhatikan, membawa makna kebesaran bangsa melayu,
kebesaran yang diterajui oleh Raja-Raja Melayu,
Raja-Raja yang dinaungi oleh Allah SWT.

Tanpa naungan daripada Allah SWT, Raja-Raja Melayu tidak punya apa-apa.

Keris yang menjadi lambang kedaulatan ini nampaknya berada jauh di hati bangsa Melayu kebanyakannya. Malah keris yang menjadi pakaian kebanggaan bangsa melayu kini tidak boleh diusung ke sana ke mari sesuka hati. Jika benar2 daulat, mengapa keadaan sedemikian terjadi. Semuanya kerana penjajah yang takutkan keris. Undang2 melarang kita menyematkan keris, bukan sahaja keris, malah baju melayu pun tidak boleh dipakai hari2, jika dipakai hari2 akan dikata 'gila' oleh org melayu sendiri.

Sedih sungguh....

Jika kita mengikuti suatu kaum, maka kita akan tergolong dalam kaum tersebut. Tidak sayangkah kita kepada bangsa melayu? Melayu sekarang tiada identiti, pakai t-shirt berseluar jeans, rambut perang, bertindik ditelinga..aduhai.. Buka tv, hiburan sana sini, buka suratkhabar fitnah sana sini. Nak cakap lebih pun xguna, kerana kita bukan ada kuasa.

Melentur buluh biar daripada rebung, harapkan sekolah agama rakyat sahaja yang menyarungkan baju melayu setiap hari. Sekolah lain mana ada begitu, pakai seluar slack dan berbaju kemeja. Budaya melayu entah ke mana. Bila besar jgn harap mereka cintakan bangsa, kerana buang budaya hilanglah bangsa.

Murid Hardcore malam birthday! ahaks!

Smalam aku terima seorang lagi pengamal silat yang berminat untuk mengetahui senaman tua serta mendalami ilmu persilatan Silat Melayu Keris Lok 9. Kelas aku agak berterabur dalam sebulan selepas raya ini, byk kelas yg masih 'lena' dalam mood raya agaknya. Dan dalam sebulan ini juga pengamal2 baru ini yg menjadi peneman aku ketika berlatih, oleh kerana mereka datang luar daripada Sg Siput, jadi terpaksalah bagi kelonggaran untuk datang pada hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah semua yang datang belajar bekerja mengikut shift. Xperlah...asal korang minat nak belajar.

Yang datang semalam ni pangkat abang kepadaku, umur 40tahun, badan zuhud dan amat cintakan silat. Aku spt biasa akan mengajar mengikut 'badan' yang berhajat. 1jam diperuntukan untuk senaman tua, dan 1 1/2jam tanpa henti untuk tapak 3, tapak 4, dan tapak 5. Semua diberikan terus, tiada rahsia. Permainan atas, permainan bawah, petua mata, jarak sampai tangan, hidup siku, kelek dan gelek, keluar bahu, sambil elak sambil makan, gerak kena xgerak pun kena, makan gerak, ambil gerak, lambung, buang, hempas, hentak, tangkap layang, perah, lancar, lontar, keris keluar sendiri,libas, tikam, rodok, hiris, hentak, tapak 9 dan 8mata angin.

Dah lama xdapat pengamal 'hardcore', jadi semalam juga adalah ujian kepadaku, kalau cikgu ngajar dah tumbang, kaki ketar, mcm mana murid nak 'mandanggg'...ehehehe. Tahniah kepada diri sendiri..acemekkkkk! Harini birthday aku, tanak wish ker? ekekeke. Tua dah, 32 tahun. kuikuikui.

Friday, October 23, 2009

ARTIKEL YANG AMAT BERMAKNA BUATKU

Sembang-sembang bersama sahabat - intipati

....bermula riak apabila timbul perasaan tidak mahu beramal kerana risau akan berlaku riak.
......mereka yang tidak mahu beramal kerana dikhuatiri riak adalah golongan yang terpedaya.

(DARIPADA LAMAN WEB CIKGU NASIR)

Keris Semenanjung RM 590.00







Keris ini boleh digunakan untuk latihan kerana harganya xmahal mana, dijual murah kerana terdapat sedikit keretakan pada pangkal bilah. Walaupun demikian keris ini masih utuh, keretakan tersebut berlaku ketika proses menempa/ketuk mata bilah. (besi xberapa masak).

Wednesday, October 21, 2009

Orang dahulu Orang sekarang...

Orang dulu hebat-hebat, orang sekarang main lipat,
Orang dulu cakapnya masin, orang sekarang cakapnya bergula,
Orang dahulu sopan geraknya, orang sekarang meraban geraknya,
Orang dahulu membina negeri, orang sekarang menghancurkan negeri,
Orang dahulu cakapnya berlapik, orang sekarang berbelit cakapnya,
Orang dahulu cintakan ulama, orang sekarang ulama dimain2kannya,
Orang dahulu cintakan tanahair, orang sekarang jual tanah hap hap horeyyy,
Orang dahulu kuat agamanya, orang sekarang kuat kapitalismanya,
Orang dahulu beradik berabang, orang sekarang bertuan berencik,
Dulu dulu kita macam satu keluarga, sekarang dah macam kerbau berlaga,
Alangkah moleknya kita berteguh hati, kelak kembali berkuasa di dunia.
haaa....ingat tu tugas kita,

Nabi kata(sabda) Allah perintah(wahyu):
1) KIta Sebagai kepala/ketua/pemimpin/khalifah
2) Islam itu tinggi daripada segala din, tidak boleh sama/setaraf atau duduk di bawah
3) Al Quran sebagai panduan, cara perlaksanaan ikut Nabi Muhammad sebaik2nya
4) Tiada alasan dalam berjihad, yang muda, yg tua, raja, miskin, sakit kerana contoh 25 para Nabi dan Rasul telah ada. Kalau mike sibuk kerana mentadbir negara, sibuk lagi Nabi Sulaiman Raja kepada segala manusia, jin, haiwan.
5) Jihad bukan dengan pedang semata2, jihad yang paling besar adalah dengan ilmu(sebesar2 jihad adalah dengan Al-Quran/ilmu).

Tuesday, October 20, 2009

DENGARKANLAH, BUKA MATA DAN FIKIR FIKIRKANLAH....SEBELUM TERLAMBAT.

Apa sahaja yang berlaku dalam satu hari jika kita leka, bermakna kita duduk di dalam kerugian. Leka bermaksud sibuk dgn tugas2 harian, terkejar ke sana ke mari, kira sana kira sini dan yang seangkatan dengannya hingga lupa kepada Allah.

Perlu diingat, setiap hari adalah tarbiah daripada Allah SWT. Allah mengajar kita setiap hari asalkan kita mahu 'berhenti'. Maksud berhenti di sini adalah berfikir sejenak, kenapa dan mengapa, semuanya untuk kita. Allah hendak kita menjadi manusia yang sabar, lasak, berfikir dengan bijaksana dan berhati mulia. Tidak percaya?

Cuba tuan/puan lihat kembali apa yg telah berlaku dari tuan/puan bangun subuh tadi sehinggalah waktu sedang membaca artikel ini........ apa yang menghalang tuan? yang menyakitkan tuan? yg menggembirakan tuan? yg tuan makan/minum? siapa yang memberinya?

ambil contoh, nak keluar kerja pagi tadi, anak pulak buat hal, meragam tak tahu puncanya, dengan sebab itu tuan lewat ke tempat kerja, tuan marah, dimarahi lagi dgn bos, fikirkan semula hikmah2 yg ada disebalik itu? Fikirkanlah perlahan2, ambil masa 10 minitmu sahaja...kembalikan semuanya kepada Allah...

yang pertama, barangkali ada kemalangan (untuk berada pada masa dan waktu yg salah) yang telah Allah elakkan untuk kita, dalam tergesa2 ke pejabat, Allah melatih kita untuk sabar dan fokus pada pemanduan. Tiba di pejabat, punch card merah, kita marah, Allah berkehendak kita sabar lagi, agar menjadi manusia yang tahan dengan cabaran, lasak dan kental, lepas tu kena marah pulak dgn bos, terbakar lagi hati kita, fuhhhh...cuba tuan tuan bayangkan, besi yang telah dibakar, kemudian dibakar lagi sampai merah kemudian dibakar lagi, sebelum diketuk dan ditempa menjadi senjata yang kuat, kukuh dan indah yang mana ianya memberi manfaat kepada manusia spt mana Allah mendidik kita agar menjadi insan yang berguna kepada Agama dan Bangsa. Sebab itu sebelum nak mencarut, 'berhentilah' dahulu, ambil masa 10minit tuan2 untuk bertafakur(fikir), tadabur (meneliti)dan insyaAllah anda akan tersenyum sorang2, alangkah nikmatnya mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Sungguh nikmat. walaupun kita tak punya apa-apa, tak punya apa-apa. Kepada Allah kita akan kembali, hanya Allah yang kita perlukan....insyaAllah akan ada jalannya saudara2 ku. InsyaAllah.

Friday, October 9, 2009

TUGASAN = ESOK BERADA DI KUALA LUMPUR.

akan berada sekitar 2 hari (Sabtu Ahad) di Kajang, Rinching, nilai 3, w.maju, Keramat, Kg Dato Keramat, Sri Gombak, Sg. Buloh dan Rawang InsyaAllah.

Tuesday, October 6, 2009

Jika...

Jika terkepung oleh lawan, maka cari jalan supaya musuh jgn berada di belakang badan. Umpamanya spt berdiri membelakangkan dinding, atau pokok atau tiang. Atau berdiri di antara dua dinding.

Jika musuh menyerang jgn terburu2 hendak menjatuhkan musuh sebaliknya makanlah perlahan lahan dulu, ambil yg mana sampai dahulu. Jika tangan yg sampai maka musnahkan tangan itu dahulu, begitu juga dengan kaki, jika kaki yg sampai maka musnahkan kaki itu dahulu.

Jika musuh masuk serentak, maka ambil dari tepi dahulu, jangan masuk ke tengah2. Cara mengambil perlu ada target, jika nak halkum maka tuju ke halkum. Jangan biar diri terawang2 atau menunggu sahaja musuh masuk tanpa telah membuat keputusan/target.

Jangan membuang tenaga dgn membuat gerakan2 yg tidak berfaedah, satu tumbukan padu dan tepat adalah memadai.

p/s: kalau boleh lari, lari, xboleh lari, runding, jika nak duit, berikan saja, jika 'jahat' maka 'ajarkan' ia.

Badik Bugis buat pakai ke kebun. ehehe


Badik buatan anak pak mazin, azrin. Hulunya aku tukar dan minta kawan tolong buatkan, hulu asal kecik sangat dan xbrapa balance. Yang ini korang tgk sendiri, atas mata pen pun boleh berdiri. ahaks!