Kita mendapat khabar bahawa sekarang produksi filem Jebat sedang dilakukan, setelah lama filem2 sebegini tidak dibuat, last skali filem epik puteri gunung ledang yang fail darisegi pemahaman 'roots' sejarah bangsa Melayu (ada ker gambarkan pasar Melaka punye ler kunno, walhal Melaka tu pelabuhan antarabangsa, dgn penjual ubat berkemban lerr...xsenonoh betul! udah ler hang tuah jiwang, lari dalam utan, ujanlak tuh sebab frust nonggeng! Digambarkan pula istana cokia Kerajaan Majapahit yang xberdinding! )
Aku berharap sangat ler pihak produksi jangan main tangkap muat aja, study betul2 sejarah Melaka, banyak aspek yg perlu diteliti utk membuat filem sebegini. Paling penting kostumnya, jangan main taruk aja asal nampak mcm pahlawan Melayu walhal sampin pun pakai xreti! Pastu keris memainkan peranan penting, mana ada Sultan Melaka memakai keris jawa! (PGL). DAN YANG MUSTAHAK SEKALI JANGAN LER ADA AKSI BANGAU - TERBANG SANA TERBANG SINI. GUNALAH PAKAR SILAT, BUKAN PAKAR WUSHU! NAK PAKAI WUSHU MAKA ADAKANLAH GENG2 LAKSAMANA CHENG HO. JANGAN NANTI PAHLAWAN MELAYU BERLANGKAH WONG FEI HONG YA.
Sekian dahulu buat masa ini. Kerajaan pun tolonglah bagi support sikit. Jayakan filem ini betul2. Gunakan platform ini untuk menyedarkan bangsa Melayu akibat derhaka, Kejutkan Sultan2 yg sedang lena, Sedor diri sikit wahai Melayu yang dah lupa kepada sejarah bangsa sendiri. bye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment