Tuesday, October 27, 2009

KETUANAN MELAYU.

Aku pun tak pasti bila ayat 'ketuanan melayu' ni mula mula sekali dibangkitkan. Minta sapa2 yg tahu agar memberikan maklumbalas dalam ruangan komen.

Cuma yang aku tahu, mengikut sejarah dahulukala, Negeri ini bertuan, dan tuannya adalah Raja-Raja Melayu. Bila ada Raja maka adalah kerajaan iaitu Kerajaan Melayu. Oleh sebab kerajaan ini mengamalkan hukum / undang2 Islam, Rajanya Islam, maka dipanggil Kerajaan Melayu Islam. Dipanggil pula Melaka kerana kisah Parameswara terlihat 2 ekor anjing hitamnya kena tendang dengan pelanduk putih berdekatan dengan pokok Melaka. Jadilah namanya Kerajaan Melayu Islam Melaka. Cerita ini sebenarnya adalah benar bagi mereka2 yang mahu melihat dgn hati yg terbuka. Ada bukti kejadiannya, biarlah saya rahsiakan sahaja buat masa ini kerana menjaga amanah yg telah diberikan dan juga mengambil teladan serta nasihat Nabi berkenaan keselamatan beragama terletak pada 'diam'.

Baiklah saudara2 sekalian, dahulu dan sekarang, orang Melayu mmg amat suka membina kerajaan, di mana2 sahaja yg mereka sampai, mereka akan bina kerajaan. Ada rakyat jelata yang mengikut dan taat pada perintah Sultan. Mereka2 ini dengan rela menjadi hamba Raja. Begitu juga halnya pada masa sekarang ini, orang silat dengan rela hati menganggap diri ini sebagai hamba kepada Raja samada Yang diPertuan Agong mahupun Sultan2 yang memerintah negeri masing. Oleh yang demikian, sebarang usaha untuk mencalarkan imej Raja-Raja Melayu akan dipertahankan habis-habisan. Ini bukan dibuat2 atau inginkan imbuhan, tetapi datang daripada hati, jauh dilubuk hati walaupun kekadang marah dgn perlakuan segelintir Sultan, tetapi masih mempertahankan Raja2 Melayu daripada diusik atau diganggu oleh sesiapa sahaja.

Dahulukala, rakyat jelata menamakan diri sendiri sebagai hamba sekalian rakyat jelata. Ini kerana menjunjung kasih dan segala perintah yg diperkenankan oleh kebawah Duli Tuanku. Namapun Tuanku...TUAN AKU. Jadi bila ada Melayu yang 'lupa diri' dengan cuba mempermain2kan isu Ketuanan Melayu ini, aku sendiri jadi hairan. Ketuanan Melayu ini LANGSUNG TIADA KENA MENGENA DENGAN BANGSA CINA, INDIA, SIKH, DLL BANGSA YANG ADA DALAM MALAYSIA INI. TETAPI ADALAH SATU ADAT RESAM BANGSA MELAYU. Kita tidak pernah menganggap bangsa lain sebagai hamba kepada melayu. Bangsa lain kita hormat sebagai jiran tetangga, kita layan sebagai tetamu, jadilah jagalah kesopanan anda sebagai tetamu. Jika anda sebagai tuanrumah melayan dengan baik tetamu dan jiran tetangga, tetapi anda pula ditohmah dan disakiti pula, ini dah jadi apa kessss??? Pelempang ler jawapnyerrr.

Yang aku kesalkan adalah sikap 2,3 kerat Melayu yang lupa asal usul, yang cuba mempermain2kan sentimen 'ketuanan' ini demi meraih undi politik. Kalau sejarah bangsa sendiri pun hendak dipermainkan, layakkah mereka ini kita angkat sebagai pemimpin negara? Ingat, buang budaya maka akan hilanglah bangsa. Jadilah kita melayu yang lupa asal usul, jadilah kita melayu yang lembik, hidup seperti lalang, mana ditiup diikutkan sahaja, janganlah kerana dendam, kerana mengejar 'Latta, Uzza dan Al Manata' maka sanggup kamu merosakkan bangsa sendiri. Tahukah anda apa itu Latta, Uzza dan Al Manata? Itulah Harta (Latta), Kuasa (Uzza) dan akan datang yang ketiga bilamana harta dan kuasa telah ada dalam gemgeman iaitu Al manata (perempuan).

Itu jer kot buat masa ini...ok sekian. Terima kasih kerana sudi membaca catatan daripada seorang manusia yang duduk menumpang kat negeri Perak bertuankan SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH.

0 comments: