Mungkin ada antara sahabat yang keliru dengan tajuk di atas, yelah apa pulak bezanya silat melayu dengan silat batin, bukankah sama? Yang saya maksudkan di sini adalah silat yang diajar menggunakan kaedah amali spt berlatih buah serangan atau latihan yang melibatkan pergerakan fizikal dan mengeluarkan peluh serta meningkatkan stamina.
Manakala silat batin yang saya maksudkan di sini adalah silat yang diajarkan secara batin dan menuntut kepada amalan2 tertentu spt yg telah diijazahkan kpd sahabat.
Pandangan saya yang tak pandai ini adalah biarlah keduanya berjalan seimbang kerana bagi saya yang amal xberapa nak elok ni, ada masa mmg ilmu kebatinan berguna, dan ada masa bila air surut ilmu batin ntah ke mana. Yang batin biarlah disorok dan jgn dilupakan manakala yang zahir berlatihlah selalu untuk kemantapan skil dan tentunya fizikal. Apekehenya kalau baru sparring 5 minit nafas dah bunyi macam kerbau jantan kena sembelih.. kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comments:
salamssss .. .. silat yang diajarkan secara batin tu boleh perincikan lagi untuk lebih faham?! .. .. hehe, thank you bro .. .. ;-) .. ..
Post a Comment