Friday, May 15, 2009

Daripada hobi....

Ceritanya pada awal2 dahulu masa anak2 saya ni memang suka sangat pada cerita2 pahlawan, paling minat dan berulang2 tengok citer Hang Tuah yang dilakonkan oleh Almarhum Tan Sri P.Ramlee. Bermula daripada situ saya mula melipat2 kertas hingga menjadi bentuk keris, masa tu adik saya ler jadik mangsa. Kemudian apabila dewasa, dah mula berkerja terasa nak memiliki sebilah keris, masa tu duk di KL dan harga keris paling murah (tahun 97) adalah sekita RM300.00, tu pun keris naga sostro, bagi saya tulah keris paling lawa. Oleh kerana gaji cukup makan, maka saya pendamkan aja minat tu. Tak sangka pula bila dah duduk Perak, rezeki saya mula bertambah, keris pertama saya datang daripada Kelantan. Ditempah melalui cikgu Nazif, kemudian saya mula mengumpul senjata2 kecil, bermula dengan badik, kerambit, buku lima, tumbuk lada dan sekarang hampir semua senjata melayu pernah saya miliki.

Daripada sebesar2 sundang, secantik2 keris, sekecil2 badik dan sepelik2 batu, pokok, bunga, minyak, cenuai...opsss, semua dah pernah saya miliki. Dan semuanya saya lepaskan pada kawan2 yang berhajat. Bermula daripada hobi, sekarang ianya menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan untuk saya sekeluarga. Syukur kepada Allah Ta'ala, terima kasih kepada mentor saya Cikgu Nasir di Kelantan, juga tak lupa para sahabat yang banyak memberi sokongan. Terima Kasih. :)

0 comments: