Thursday, May 21, 2009

Corek berhantu...

Semasa bersembang dengan tukang kelmarin ada tukang kabor yang corek ni orang tua2 kata berhantu, yang saya dengar meloponglah kejap sbb cara dia bercakap tu beriya2.
Dia pun demolah pada saya yang dikatakan berhantu tu, bila corek dibaringkan selepas siap menggunakannya, dalam keadaan mata mengiring, kemudian bila hendak digunakan kembali matanya dah mengadap ke langit hendak 'merasa' tapak atau jari kita yang 'sedap' tu. Sebabnya mudah aja, yang dikatakan berhantu dan makan darah adalah kerana corek ni ekornya lebar dan berat dibelakang mata, sebab tu kalau kena angin sikit dia akan berpusing dan matanya ke atas.

0 comments: